Monday, 27 January 2014

Kulit Cantik, Susu Meriah dan Badan Bertenaga Dengan ESP

ESP atau protien soya sememangnya HOT PRODUK kami. Kenapa..? Kerana ESP mempunyai banyak fungsinya dan sesuai diamalkan oled pelbagai golongan sama ada lelaki, wanita, ibu menyusu dan tidak menyusu, tua atau muda dan sebagainya. Terdapat banyak khasiat-khasiat ESP ini, antaranya :

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri
  • Memberi tenaga menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  • Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengrusan berat badan
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka
  • Untuk mengalami masalah kesuburan, ESP membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel  sperma yang sihat



Ya, memang ESP ni banyak kelebihannya. Terutama untuk ibu menyusu yang inginkan susu badab meriah, mahu simpan stok buat si kecil dan dalam masa yang sama mahukan kulit cantik, stamina tinggi dan turunkan berat badan, ESP adalah pilihan yang TEPAT. Jika masih tidak percaya, anda boleh lihat testimoni pengguna-oengguna tegar ESP di bawah.

Testimoni 1:

 

 

Testimoni 2:

Testimoni 3:


Haa....Seperti yang anda boleh lihat, ESP ni banyak khasiatnya dan rata-rata pengguna memang berpuas hati dengan kesannya. Saya sendiri jatuh cinta dengan ESP ni, sejak kali pertama amalkan dan memang tak boleh miss minum.

Berminat...?  1 canister ESP berharga RM150 tapi untuk DISKAUN HEBAT, hubungi saya di 011-29428872 (lyana) atau PM saya di FB ( https://www.facebook.com/vitamincheer?sk=messages_inbox )... Panduan makan dan konsultasi saya akan berikan eksklusif untuk costumer saya..

 

Thursday, 23 January 2014

SET BERSALIN SHAKLEE TERBAIK

Sejak kebelakangan ini, antara produk shaklee yang paling mendapat sambutan hangat adalah SET BERSALIN. Apa yang baiknya Set Bersalin Shaklee ni jika dibandingkan dengan set bersalin lain? Betulkah ia lengkap dan terbaik untuk ibu berpantang? Perlu lagi ke ambil jamu lain? Jom baca....

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee adalah yang terbaik untuk ibu dalam pantang. Luka saya sembuh dalam beberapa hari saja.. Malah saya senang membuang dan duduk dalam keadaan bercangkung sewaktu dalam berpantang hari kedua.. Memang tidak sakit tapi pertama kali rasa takut-takut tu ada la jugak...hehe.. Badan rasa cergas dan segar je walaupun saban hari tak dapat tidur yang cukup sebab malam kerap bangun susukan baby.. Kadang-kadang seharian tak tidur.. Alhamdulillah, tak rasa penat pun..





Itu testimoni saya sendiri...Apa kata ibu-ibu lain pula yang sudah amalkan Set Bersalin Shaklee ni..?


Testimoni Set Bersalin Shaklee 1 : Luka cepat sembuh, susu meriah, badan cergas dan bertenaga.


 

Testimoni Set Bersalin Shaklee 2 : Badan lebih bertenaga, cepat kurus, dan tidak sembelit. 

 

Testimoni Set Bersalin Shaklee 3: Susu meriah, berat badan turun.


Jadi kesimpulannya, Set Bersalin Shaklee memang cukup lengkap untuk ibu berpantang dan menariknya tidak seperti jamu perlu dihentikan sekiranya anak mengalami jaundice. Dengan Set Bersalin Shaklee, ibu boleh teruskan pengambilan set ini sekiranya anak mengalami jaundice. Bukan itu saja, ia dapat digunakan untuk ibu bersalin normal dan juga cazer. Dengan adanya Osetmatrix dan ESP dalam Set Bersalin Shaklee, ibu-ibu pasti teruja dengan penghasilan susu yang meriah tapi dengan syarat ibu penuhi konsep asas penyusuan iaitu 'Demand & Supply'.

Saya perlu tekankan di sini bahawa pengambilan supplement Shaklee amat membantu melancarkan penyusuan ibu. Tapi jika ibu tidak memberikan bayi susu ibu sekerap yang mungkin atau ibu mencampurkan susu formula dari awal pantang, maka amat sukar untuk melihat kesannya kerana ibu tidak mematuhi syarat asas penyusuan iaitu 'Demand & Supply'. Ibu harus tahu, lebih banyak Demand (rangsangan) diberi pada badan maka lebih banyak Supply (susu ibu terhasil). Jadi, jika ibu amalkan konsep 'Demand & Supply' ditambah dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang lengkap Insya Allah ibu pasti teruja.

Jadi, pengambilan supplement mestilah dengan ilmu barulah ibu mendapat kesan yang dimahukan. Pembelian dengan saya di Vita Cheer sememangnya akan disertakan dengan jadual pengambilan yang betul malah konsultasi percuma sepanjang anda mengamalkan Set Bersalin Shaklee. Jadi, pastikan anda membeli dengan pengedar yang betul.

Berminat..?? Hubungi saya sekarang..

call/sms/whatsapp 011-29428872

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap customer mungkin berbeza. Namun, ia tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuh penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

Tuesday, 21 January 2014

Muhammad Adam

Assalamualaikum....

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani......

Alhamdulillah....masih bernyawa lagi di muka bumi Allah ni...

Wah, setahun xber'bloq' ni...dah ada anak dah pon...Alhamdulillah....berkhawin pada 21/12/2012 dan dikurniakan anak sulong pada 02/10/2013....Insya Allah, anak kedua dalam proses...ihik2...(cepatnya...adam baru 3bulan 19hari...) cepatnya masa berlalu...

Anak kita nama dia Muhammad Adam bin Azhari.... Asalnya xnak letak Muhammad, nak letak Adam Ihsan... Tapi nama Muhammad kan nama nabi kita... Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagia anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad...

Daripada Anas bin Malik r.a bhawa Rasulullah saw bersabda:
Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah swt di Padang Mahsyar, lalu Allah memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga.
Maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak untuk masuk ke Syurga?"
Lalu berfirman Allah swt : "hai hambaku berdua, masuklah kedua-dua kamu kedalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Muhammad atau Ahmad itu tidak akan masuk Neraka."

Ha,kan...kita dapat kat blog whiteymommy....banyak lg...tapi kita ambik satu je la...yang kita tau...sape letak nama baby lelaki dengan nama Muhammad, mendapat syafaat di akhirat...

Bila orang tanya nama anak, kita cakap la Muhammad Adam.."Eh, Muhammad Adam je...pendek je nama anak.."......Yela,pendek-pendek sudah...kang panjang-panjang kesian dia nak menulis time sekolah nanti...

Ni la Muhammad Adam yang banyak ragam skrang ni..

Tengok la gambar tu...nak tido xnak baring...dia nak duduk...baru 3bulan,dah nak duduk...macam orang besar je...bila kita baringkan dia, menangis-nangis macam orang sakit je....Geram betul nengoknya...

Okay la,sampai sini dulu ye...Adam lak nangis...xnak duduk...Assalamualaikum...jumpa lagi...



Wednesday, 12 December 2012

Debaran....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, jumpa lagi kita....hehehe...hurm, nak cite kat korang...bila aku nampak je calender or terpandang je....mula la jantung aku berdegup dengan kencangnya (wah, ayat...hehehe...)...mana taknya lagi seminggu nak bergelar isteri orang ni....WHAT..??? Seminggu...?? Bersamaan dengan 7 hari...Ya Allah...cepatnya masa berjalan....masa mula bertunang dulu..."Ala, lambat g la nak kawen...byak bulan lagi..".....Tu la jawapan bila orang tanya aku bila nak kawen n dah wat preparation dah ke...huhuhu.... Skrang ni, mula la nak gelabah...


Macam mana preparation dari segi fizikal n mental, dah bersedia ke nak jadi isteri orang ni..? Alhamdulillah, aku dah bersedia tu semua...mula-mula macam tak yakin dengan diri sendiri...boleh plak duk bermain dalam fikiran "boleh ke aku pikul tu semua..?"......Bila fikir balik, Allah sentiasa bersama dengan kita...cuma kita je slalu lupa kat Dia bila kita senang...Insya Allah, aku yakin aku boleh wat tu semua...Aku nak jadi isteri yang solehah..Doakan aku ya...doakan semuanya berjalan dengan lancar...Amin.....Terima Kasih....



Tingat lak lagu Maher Zain....Hehehe...jom nyanyi sama...

♫ Like the Prophet taught us and with one voice
Let's all...say...say...say... ♪
Baraka Allahu lakuma 
♪ wa baraka'alaykuma 
wa jama'a bayhuma fi khayr  ♫




Wednesday, 5 December 2012

Sabar........

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaiku w.b.t

Aku nak kongsikan cite aku ni....29hb 11....khamis lepas...aku balik kg...penang...bus pukul 10.45pm..tapi lewat 15minit...dan sebelum balik ada call ma kat kg...suh ma ambik..n ma cakap "benti ja kat tol juru,cakap kat dreba baih tu xpa..ma malaih dah nak p bagan (butterworth)".. huhuhu mmg la tak pa bg ma tp tak bg aku..aku duk double seat sebelah aku laki plak tu...susah nak kluar..n last skali sampai ja kat tol juru dlm pkul 4.45am la masa tu..aku pon tak pg cakap kat driver tu sampai la dah terlepas dari tol juru..apa lagi,call la ma cakap dah terlepas...ma dengan malasnya cakap "ha....hang tunggu la kat situ..ma sampai lambat sikit"...


Sampai ja kat butterworth dalam pukul 5.05am....bus benti lak kat tengah pembahagi jalan...aku pon dok tunggu la kat tengah tu (nak p mana pun tak boleh...sebab aku bawak balik barang 2 kotak, mana dengan beg g)..tggu ja la,lambat pun xpa...okay, tgok jam masa tu dah pukul 5.30am dah..dalam hati ni duk la tanya mana ma ni tak sampai2 g..mula la fikir yang bukan2..terjadi pape ke kat ma aku ni...n lastly call la...upanya tak kuar umah lagi..nak tunggu solat subuh dulu...lg pon ma aku tak penah ambik aku kat butterworth pon...slalu aku turun kat tol juru ja atau pon kat pehentian juru...so, ma kata p dengan ayah...serius aku cakap...aku bukan penyabar orangnnya..slalu ja bila jd camtu aku naik angin (naik angin aku ni wat pragai la..xmau tegur n cakap dengan sapa2)...


Tengok lagi jam, dah pukul 6.25am dah...Ya Allah, dah la aku tak solat lagi ni...mula la air mata dah turun..sedih kot..tunggu dari pukul 5.05am...tp xpe...orang yang sabar ni akan dapat ganjarannya..mungkin Allah nak menguji aku...

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16:96)


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Al-Bukhari)


Pukul 6.45am dah....aku risau sangat...aku dah la tak solat lagi...aku tak kisah kalau ma datang lambat...aku dah blajar untuk jadi orang yang bersabar...tapi subuh aku cam na....aku takut Allah marah...nak tinggal barang2 ni takut hilang...nak angkat asanya tak terdaya...masa berjalan...pukul 7.05am...dah tak sempat nak solat...subuh aku burn camtu je...ma pon baru sampai...mata, hidung n muka dah merah dah kesan aku nangis...huhuhu...sedih....mulanya aku tak nak cakap ngan ma kalau ma cakap ngan aku...masa tu ma tak sampai lagi pon...cuma berfikir je..protes la katakan sebab tggu ma dua jam...tp fikir balik..berdosa aku..kata nak jadi orang yang penyabar....Alhamdulillah...sampai ja ma,aku wat macam tak da pape...aku buang rasa sakit hati aku (yelaka,tunggu lama)....rasa tenang ja..dah ilang rasa sedih tu semua..tapi kalau sebelum kejadian ni...penah je berlaku mcm ni jgk..dulu asa berdendam gila...cam nak balas je balik..tapi tu dulu la...So, nasihat aku kat korang...tak rugi pon kita bersabar...sabar itu separuh dari iman...


"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Ali Imran 3:200)




Tuesday, 27 November 2012

Penghijrahan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum w.b.t. 

Bermulalah penghijrahan baru bagiku...yang baik kita ambik yang tak elok kita tinggalkan..Alhamdulillah...Allah permudahkan semuanya...tapi biasa la bila kita nak buat yang baik ada ja yang nak menguji...sejauh mana kita nak berubah..stengah orang berubah sebab orang..dan bila berubah tu 'hangat-hangat taik ayam' ja...ari ni sopan santun ja,tutup aurat comey ja..tp duk lama-lama dah balik kepada yang lama..dedah sana dedah sini...semoga Allah kekalkan apa yang aku buat skrang..amin...tetapkan hati aku...aku buat semua ni kerana Allah s.w.t..ada la ari tu..member aku si N ni.."hai,lyn...pakai dah comey dah..macam ustazah dah..tp pragai bla nak brubah..?"....hahaha..aku gelak ja..yala..plan-plan la no...aku pon manusia biasa gak..cuma skang ni dah tak gelak besar cam dulu dah..skang sopan je..aceceh...sopan ke...hehehe..ada la sikit...Insya Allah..moga Allah permudahkan semuanya....Dah lama dah nak berubah..tapi cuma cam tak da kekuatan...syukur sangat-sangat...asa hati ni sedikit tenteram...hehehe...weekend ni nak balik umah penang..hehehe..mak jangan tkejut na,anak mak dah berubah..insya Allah,pragai pun akan berubah gak...plan-plan la no...thanks to Allah...beri peluang untuk diri yang kerdil ini....thanks to mr A..ececeh...sentiasa bg semangat..n kepada member-member,korang bukan saja men'down'kan aku,tapi telah membakar semangat untuk aku...kepada kawan2,aku sentiasa mendoakn yg terbaik untuk korang...Insya Allah..kalau umur panjang kita berjumpa lagi dimasa akan datang..wasalam...





Wednesday, 21 November 2012

Save Gaza

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdullilah..Allah masih memberi kita kesempatan untuk hidup di muka bumi ini...Sedang kita bersenang lenang di Malaysia..Saudara-saudara kita di Palestin sedang bertarung nyawa..Ya Allah,setiap kali buka je website mesti ada yang terkorban tak kira la muda atau tua..tersentuh hati nie tambah skali kalau tengok si kecil terkorban...Haila...termenung sejenak..memikirkan diri ini...dah cukup ke amalan nak bawak ke sana andai kata Allah nak menjemput diri ini...terlalu banyak dosa untuk di hintung...hari ni xnak cite pasal persiapan perkahwinan walhal hari bersejarah tu lagi berapa minggu je lg cuma nak ajak saudara-saudara berfikir sejenak,cukup ke amalan yang kita ada untuk bertemu Allah..sama-sama la kta brubah ke arah kebaikkan dan mendoakn keamanan di bumi Palestin...Allahu akhbar..!